Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu.
Gitulah adat menuntut ilmu bagi orang yang mahu memajukan diri. Orang yang positif fikirannya, akan terus ambil tahu apa yang dia mahu tahu dan tidak menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya tahu banyak perkara.
Masalah kita ni, dek nak ambik perhatian orang, dek nak tunjukkan kita punya konpiden, kita berlagak tahu. Terutamanya soal isu-isu semasalah. Kita mengkritik ikut suka hati kita.
Kita mengomen ikut sedap mulut kita tanpa kita sedar orang sekeliling menilai diri dalam diam. Dah tentu diorang kata kita ni jahil. Sebab? Kita cuba menutup kejahilan dengan berlagak tahu, buat-buat tahu.
Makin banyak kita berlagak tahu, sebenarnya makin banyak kita tidak tahu. Oleh kerana kita  tidak tahu, kesannya kita buat-buat tahu supaya kita tak malu.
Jadilah orang yang suka belajar – belajar dari persekitaran, dari orang-orang sekeliling, belajar dari alam. Orang yang belajar ni biasanya pendiam. Diamnya bukan diam sembarang. Diamnya diam berisi.
Diam berisi lebih baik dari bising yang kosong tanpa apa-apa pencapaian yang boleh di banggakan.