Tuesday, 14 February 2012

Sorry Valentime Day's.I'm Muslim..


Hai semua sempena hari kekasih yang bakal tiba koin nak share sikit info-info tentang Hari Valentine’s ni.walaupon koin percaya ramai yang dah tahu hukum menyambut Hari Kekasih ni tapi koin still buat entry ni sbb , biaslah manusia ni mudah lupa ,ketika koin buat entry ni pon sebenrye koin menggingatkan diri koin sendiri ..jadi sama-sama lah kita berubah ke arah kebaikan ...



Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. 
SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE:
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Pendapat pertama :
mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka
Pendapat kedua:
 mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya
Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Pendapat keempat. 
menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini  dapat dilihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.



Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

p/s > kesimpulannya semua hari kekasih ini HARAM bagi umant islam , jangan sambut tau dose !!  >_< !!

Maksud Huruf Pertama Nama Anda?



Huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan:-





A=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B=Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
=Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
=Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
=Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
=Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
=Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
=Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
=Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.K=Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
=Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
=Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
=Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
=Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
=Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
=Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
=Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
=Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka mungkir janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
=Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
=Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
=Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
=Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
=Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
=Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
=Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Contoh:Siti Zulaikha jadi huruf aku S dan Z tapi bila dah check ada yang betul jugak.Hehe..
P/S=Korang punya nama macam mana pula?

Saturday, 11 February 2012

Hari Persekolahan

Pergi Sekolah SMK BAHAU
Hari sabtu ary nie kena dtng sklh sebab kena ganti untuk cuti raya cina ary 2..tpi pergi sklh bkn berlajar pown cuma adew wat gotong-royong ckit untuk bersih kn kelas.Hu..penat giler nk ceria kn kelas aq 2..papan keyataan dah ler x de,tah bila lah pihak sklh nk letak papan keyataan at kelas aq 2.hurm..ary nie aq kena tlng wat carta organisasi untuk kelas aq,nasib baek lah cikgu marshitah tlng wat ckit,kalau tidak x tau aq nk wat cam ner dah ketandusan idea da..akhir sekali nasib baek la cikgu kte cantek carta organisasi 2 kalau tidak x tau la pew jadi..hehe..nasib baek ary nie balik awal ckit dalam pukul 1 lebih la..kte balik pukul 2 last2 balik awal gak..Ramai juga lah datang kat sekolah ary sabtu mcm nie..selalu yew ary sabtu d'orng slalu sibuk n adew jew hal masing2...setiap ary aq gie sekolah jalan kaki jew..sebab apew tau?sebab rumah aq dkt jew gan sklh hehe :) bab 2 la gie sklh jln kaki jew..hehe..

Thursday, 9 February 2012

# Obesiti Dan Kegemukan



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami kegemukan pada 2005.

Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori.

Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain.

Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori.

Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama.

Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.                                                       

Kalah Dalam Nyanyian, Meletup Dalam Lakonan…Itulah Rezeki Aiman


Kalah Dalam Nyanyian, Meletup Dalam Lakonan...Itulah Rezeki Aiman



Sekarang ini ramai yang memperkatakan mengenai drama Vanilla Coklat yang khabarnya mendapat rating yang tinggi di TV3.
Drama Vanila Coklat menceritakan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain.
Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela.
Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing-masing.
Ia dibintangi pelakon terkenal seperti Izara Aishah dan Iqram Dinzly.
Dan yang paling diperkatakan adalah kehadiran pelakon baru dalam drama tersebut, Aiman Hakim Ridza.
Dengan berbekalkan wajah yang tampan, kehadiran Aiman dalam drama tersebut ternyata melonjakkan lagi populariti drama berkenaan.
Namun tak ramai yang tahu, sebelum terjun ke bidang lakonan, Aiman merupakan protege kepada penyanyi rock, Rahim Maarof daripada pertandingan nyanyian Mentor musim kelima (Mentor 5).
Penyingkiran Aiman dalam program tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila Rahim seolah-olah tidak puas hati dengan kritikan pengkritik tetap Datuk Ramli M.S. terhadap Aiman.
Pada penghujung konsert minggu keempat Mentor 5, Rahim mencabar Ramli supaya menyertai Mentor musim akan datang dan melatih protegenya sendiri.
Ia ekoran kritikan-kritikan pedas komposer berasal dari Singapura itu terhadap persembahan Aiman sehingga cabaran Rahim terhadap Ramli itu dilihat agak panas dan serius bunyinya.
Apapun betullah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Siapa sangka Aiman yang kalah dalam nyanyian boleh meletup dalam lakonan!
Semoga ini boleh memberi perangsang kepada kita semua agar jangan mudah putus asa dalam mengejar cita-cita, manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya.

Tuesday, 7 February 2012

Friendship

Persahabatan,

lebih sukar dari ADDMATH

lebih rumit dari FIZIK

lebih susah dari BIOLOGI

lebih payah dari LK,

TAPI,

persahabatan itu tak sebosan SEJARAH

ia penuh dengan CHEMISTRY

Kerana persahabatan itu sistematik bagaikan

PRINSIP PERAKAUNAN ♥ :)

Monday, 6 February 2012

Jangan mudah menghukum seseorang tanpa usul periksa

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

O°o. .o°O______________________________O°o. .o°O.
Jangan mudah menghukum seseorang tanpa usul periksa
O°o. .o°O______________________________O°o. .o°O.

˙·♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥
Seorang doktor masuk ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas dipanggil untuk pembedahan segera. Dia menjawab panggilan secepat mungkin, ditukar pakaiannya dan pergi terus ke wad pembedahan.

Beliau mendapati bapa kepada anak lelaki yang akan di bedah ada di dalam dewan menunggu doktor tersebut. Apabila melihat dia, si ayah menjerit:

"Mengapa anda mengambil masa yang lama untuk datang? Adakah anda tahu bahawa kehidupan anak saya dalam bahaya? adakah anda tidak mempunyai rasa tanggungjawab? "

Doktor tersenyum dan berkata:
"Saya minta maaf, saya tidak berada di hospital dan saya telah datang secepat yang boleh selepas menerima panggilan itu...Dan sekarang, saya ingin anda bertenang supaya saya dapat melakukan kerja saya"

"Bertenang?! Bagaimana jika anak anda berada di dalam bilik ini sekarang, anda akan bertenang? Jika anak anda sendiri mati sekarang apa yang anda akan lakukan? "Kata bapa tersebut dalam keadaan marah

Doktor tersenyum lagi dan berkata: "Saya akan cuba sehabis baik " ajal dan maut adalah di tangan Allah ". Doktor tidak dapat memanjangkan nyawa. Pergi dan berdoa untuk anak anda, kami akan melakukan yang terbaik dengan rahmat Tuhan "

"Memberikan nasihat apabila kita tidak khuatir begitu mudah" merungut bapa.

Pembedahan mengambil masa beberapa jam...dan selepas doktor itu keluar gembira, "Alhamdulillah! Anak anda selamat! "

Dan tanpa menunggu jawapan bapa tersbut dia terus keluar dengan tergesa-gesa. "Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila tanya jururawat!"

"Mengapa doktor tu begitu sombong? Tak boleh ke kalau dia menunggu beberapa minit supaya saya dapat bertanya tentang keadaan anak saya?? " komen bapa kepada jururawat setelah melihat doktor itu pergi meninggalkannya termangu-mangu .

Jururawat itu menjawab, sambil air mata berlinangan di matanya: "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya, dia berada di tanah perkuburan apabila kami memanggilnya untuk pembedahan anak anda. Dan kini dia telah berjaya menyelamatkan hidup anak anda, dia sanggup tinggalkan tanggungjawab dia untuk menyelesaikan pengebumian anaknya. "


p/s:Sahabat2, JANGAN MUDAH MENILAI ORANG kerana anda tidak tahu bagaimana kehidupan mereka dan tentang apa yang sedang berlaku atau apa yang mereka sedang lalui.
˙·♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥