Wednesday 11 April 2012

Tentang Forum competition..

Assalammuailaikum..
Hari nie aq nk citer ckit
aq kan..kan..
masuk forum remaja..
huhu..
banyak giler kena hafap skrip
dah la 2 kena wat intonasi yg btol
competition yew dah la ary
rabu 18/04/2012
kira yew next week la..
aq da la x practice sgt..
x tau cam ner nnti..mybe tergagap-gagap
kot mybe x..
hehe..
Competition 2 diadakan at sklh seri 
perpatih palong 5 kn..
Harap-harap sklh
aq bley la menang n harap-harap aq dapat
hafal aq yew skrip  Amin..,so aq kena
kerja keras la nie untuk nk
hafal skrip..
aduyaii..da la skrip ae pnye ler pnjng lebar..

Tuesday 10 April 2012

Mari Belajar Bahasa Japan/Jepun..



Salam semua...hari ni nk kongsi ckit bahasa JAPAN.Saje jer nak conteng-conteng blog aku..hahahhaha...nie pun aku belaja dari orang jugak..hehehe.tak la pandai sangat....hehehe..ok...jom belaja.

hari dalam bahasa jepun :-
 ~Isnin = getsuyoubi
~selase = kayoubi
~rabu = suiyoubi
~khamis = mokoyoubi
~jumaat = kinyoubi
~sabtu = doyoubi
~ahad = nichiyoubi

tambahan lagi :-

~hari ini = kyou
~esok = ashita
~semalam = kinou
~kemarin = ototoi
~lusa = asatte
~pagi ini = kesa
~petang ini = konban
~sekarang = ima

bilangan orang dalam bahasa japan :-

~seorang = hitori
~2 orang = futari
~3 orang = sannin 
~4 orang = yonin
~5 orang = gonin
~6 orang = rokunin
~7 orang = nananin
~8 orang = hachinin
~9 orang = kyounin
~10 orang = jyounin

aku rasa cukup la sekadar ni..kepada yang pakar dalam bahasa japan,kalau bahasa japan aku ni salah..minta tegur and ajar la k..salam semua..

Jom maen teka-teki...

nak bagi teka teki sikit
1.masuk lurus keluar bengkok
2.dalam setahun ada berapa hari
3.Benda apa naik walaupun ke gunung ia takan turun balik
4.apabila masuk ia tegang,apbila ia keluar lembik
5.ada pun ada,tiada pun ada,1 pada adik 2 pada kakak
6.masa kecil dia hitam,bila besar dia putih
7.sungai apa yang keras
8.bangunan dengan masjd yang mana lebih tinggi
9.naik bukit turun bukit dapat apa
10.Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri hitam
TENGOK SIAPA HEBAT

Pelancong yang sombong...

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.

-renji-

Monday 9 April 2012

pepatah yang patah..hehe..

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
...
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk pekasam! m biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

Sunday 8 April 2012

Cerita Suami Setuju...

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki!!kalau berani buatlah!!

Suami:ha!bila aku setuju ko pulak marah...@#%&*

Thursday 5 April 2012

Resepi Tiramisu Strawberi..

Bahan-bahan untuk sirap (4-5 cawan)
150g strawberry filling
80mL air suam
1 sudu kecil gelatin halal
Sedikit parutan kulit lemon
Bahan-bahan lain
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping/thickened cream
50g gula icing (ditapis)
1 paket biskut tiramisu / lady’s finger
Sedikit buah strawberi segar
Cara-cara
  1. Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati. Panaskan sebentar di api supaya gelatin larut.
  2. Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.
  3. Dalam bekas lain, campurkan whipped dan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.
  4. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan sudu sehingga rata.
  5. Cara untuk melapis: mula-mula letak sedikit sirap, kemudian susun biskut dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias dengan hirisan buah strawberi.
  6. Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.

Wednesday 4 April 2012

puding Tembikai..


1 paket agar2 12gm | 13g serbuk agar-agar
3 keping roti (buang kulit) |3 keping roti putih (buang kulit)
4 1/2 cawan air |1 liter air
6 sudu besar gula |90g gula
1/2 cawan susu pekat |100g cawan susu pekat
1 cawan susu cair |250ml susu cair
2 sudu besar butter |2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila |1 sudu teh esen vanilla
pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai

Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)-anggaran 1cawan.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahan-lahan. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
  7. Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.
Buah tembikai yang masak ranum n juicy..yummyyy!! ^_^

apam polkadot..




BAHANNYA:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus (150 gm saya guna )
150ml susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna ikut suka 



CARANYA:
-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit. 


Monday 2 April 2012

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.  
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.
Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Sumber : tulahan.blogspot.com