Tuesday 31 January 2012

spm

Assalammuailaikum, perhh!!!cuak giler aq bila nak ambik spm pada tahun 2013..eh..belum ada apa-apa aku dah cuak..hehe(wat kecoh jew aku nie) sekarang baru tahun 2012 belum 2013 tiba-tiba cuak lak..haha :)aku harap spm nanti aku akan buat yang lagi baik dari pmr tahun 2011.Aku nak menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang dan ingin capai cita-cita ku yang ingin menjadi seorang accountant yang bertualiah and sambung pelajaran.huhu..kalau aku macam tu bangga giler ibu gan ayah ku kerna dapat anak macam ku..haha..angan-angan jew lebih..hehe..USAHA TANGGA KEJAYAAN

Maksud warna hijau

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyaiklorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.
Cahaya hijau mempunyai 
panjang gelombang di sekitar 520–570nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warnamagenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan#FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengankuning, dan hijau tua dengan coklat.
Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti 
warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB

Maksud warna pink/merah jambu

Siapa yang minat colour pink,sila angkat tangan? hehe..korang tahu apa maksud pink atau lebih dikenali sebagai merah jambu.

Maksud warna MERAH JAMBU/PINK

Ia warna larangan? Tidak. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan dan keberanian kerana anda memakai ton warna yang sering dilabel feminin.
Merah jambu…ada berani? Warna merah jambu atau pink sering membuatkan kebanyakan lelaki berkerut dan menggeleng. Ini kerana kaum lelaki menganggap warna ini sangat ‘tidak masuk’ dengan mereka.
Warna ini dianggap menyerlahkan ciri feminin yang sangat kuat. Lantas mengenakan warna ini bagi lelaki seolah-olah menghilangkan ‘kemachoan’ mereka.
Sebenarnya, tidak dapat dipastikan sejak bilakah perkaitan warna dengan sesuatu jantina mula dilakukan.
Warna merah jambu sering dilabel sebagai warna wanita dan warna biru, sebaliknya adalah untuk lelaki. Jika anda berfikir kedua-dua warna ini sememangnya secara tradisi dilabelkan sedemikian, ia sebenarnya tidak tepat.
Pensyarah di Lancaster University, Britain, Dr. Veronika Koller mendakwa, sebelum Perang Dunia Pertama, warna merah jambu biasa dipakaikan kepada kanak-kanak lelaki dan warna biru dikenakan oleh kanak-kanak perempuan.
Ini mungkin kerana merah jambu yang merupakan ‘basuhan’ warna merah dilihat lebih agresif berbanding warna biru yang sering dikaitkan dengan kelembutan seperti langit dan lautan.
Bagaimanpun, menurut Koller, keadaan berubah menjadi sebaliknya selepas Perang Dunia Pertama. Apabila pakaian pasukan beruniform, pekerja buruh kerja lelaki dan sektor pekerjaan yang dimonopoli kaum lelaki mula mengenakan warna biru, ton warna itu kemudian dilabel untuk lelaki.
Industri pemasaran kemudiannya mengambil warna merah jambu untuk diberikan kepada wanita hanya sebagai pertentangan.
Walau apapun, oleh kerana stigma merah jambu untuk lelaki begitu kuat hari ini, kita tidak dapat menghilangkan begitu sahaja persepsi itu.
Namun, kemunculan lebih ramai kelompok lelaki yang semakin obses dengan perubahan fesyen sedikit sebanyak membantu memudarkan persepsi itu.
Mesejnya mudah, jika kena gayanya anda mungkin mampu kelihatan lebih segak, mempesona walaupun dengan peragaan merah jambu.
Jika anda pernah menonton filem Brown Sugar, anda tentu mengakui betapa hebatnya baju panas merah jambu.
Dalam satu adegan, aktor Boris Kodjoe mengenakan baju panas crew-neck bula Kashmir merah jambu dengan seluar gelap dan ia kelihatan sangat menarik. Sememangnya warna merah jambu amat padan digandingkan dengan hitam, kelabu atau biru gelap yang memberi pernyataan sofiskated.
Memakai kemeja berwarna merah jambu di pejabat memudahkan anda meraih perhatian memandangkan tidak ramai yang memakainya.
Ia bukanlah satu masalah sekiranya baju yang dikenakan sesuai dengan bentuk tubuh anda dan tidaklah terlalu terang.
Satu lagi, elakkan daripada menyingsing lengan baju sehingga ke bahagian siku, kerana ia akan menambah ciri feminin apabila menyerupai potongan pakaian wanita. Kemeja berjalur merah jambu halus juga patut dimiliki di dalam almari baju lelaki.
Baju T merah jambu dengan kolar berwarna putih yang kontras pula memberikan anda penampilan yang modern-edge, sesuai dengan gaya urban. Mengenakan seluar merah jambu sememangnya tidak bersesuaian untuk lelaki melainkan dengan suit.
Bagi pria yang baru hendak berjinak-jinak dengan warna merah jambu, anda boleh memulakannya dengan aksesori. Aksesori seperti jaket, stokin dan topi berwarna merah jambu adalah tidak digalakkan bagi lelaki. Tetapi, sesetengah lelaki mampu tampak hebat dengan tali leher, sapu tangan atau kot berwarna merah jambu. Aksesori berwarna merah jambu pucat sesuai berpadu bersama pakaian coklat dan kelabu.
Seperti merah, warna merah jambu juga melambangkan cinta. Jika merah membawa maksud keghairahan, merah jambu membawa maksud romantik dan mempesona. Merah jambu adalah warna kesukaan wanita dan anda mungkin mampu menarik perhatian.
Bukan sahaja kerana rona merah jambu bersesuaian dengan ton kulit kebanyakan manusia dan semakin ramai lelaki yang mengenakannya, memakai warna merah jambu juga membuat anda sebaris dengan jejaka idaman wanita dunia seperti Ashton Kutcher, Usher, Tyson Beckford, Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Rod Steward mahupun Donald Trump.
Satu lagi, jika anda seorang lelaki ia kini ada definisi baru. Ia melambangkan anda seorang yang yakin dan berani!
“Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin,” kata Stan Williams, pengarah Maxim, sebuah majalah gaya hidup lelaki.
Jadi, adakah anda berani?

Angkara gambar di facebook

kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...
... ...
jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

salam ukhwah :)

Ayat-ayat

‎~* Wahai lelaki *~
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi imam terbaik & redhalah padanya~*
moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu *~amiin..=))

Sahabat Istimewa

Hargai lah persahabatan anda semua..

Friday 20 January 2012

vanilla coklat

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,

Thursday 19 January 2012

sejarah sekolah menengah agama dato'haji mustafa

SEJARAH SMA DATO' HAJI MUSTAFA

Pada pertengahan tahun 1966, satu rombongan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Serting Ulu telah pergi berjumpa Tuan Sheikh Ahmad (beliau pada masa itu adalah Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus) untuk mendapatkan persetujuan beliau bagi membina sebuah masjid di Mukin Serting Ulu. Ahli-ahli Jawatankuasa yang menyertai rombongan ini terdiri daripada :

Abu samah bin Mat Zin (Ketua Kampung)
Razak bin Bawal (Nazir Masjid)
Idris bin ismail (Setiausaha Masjid)
Nordin bin Kohad (AJK Masjid)
Jusa bin Daud (AJK Masjid)

Rombongan AJK ini telah mengemukakan hajatnya kepada Tuan Mufti untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Serting Ulu. Setelah berbincang dengan panjang lebar, Tuan Mufti telah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Sebaliknya beliau bersetuju untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama di Mukim Serting Ulu.

Hasrat untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Serting Ulu telah gagal. AJK telah membincangkan perkara yang telah dicadangkan oleh Tuan Mufti tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang. Akhirnya mereka telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang telah dibuat ileh Tuan Mufti tersebut. AJK telah berjumpa dengan Ketua Kampung Bayai dan Ketua Kmapung Serting Tengah untuk membincangkan semula tentang pembinaan sebuah Sekolah Agama. Di akhir perbincangan tersebut, keputusan telah diambil bahawa pembinaan Sekolah Agama tidak akan diadakan disini. Pada penghujung tahun 1966, Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung telah diadakan di setiap Mukim. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Kampung masing-masing.

Pada 1 Januari 1967, ketiga-tiga kampung ini telah disatukan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat pertama tersebut telah diadakan di Balai Raya Batu 39, Serting Tengah. AJK yang telah dilantik terdiri daripada :

1. Datuk Musa Lasim bin Pecuk (Ketua Kampung Bayai)
2. Tok Mat Arjo (Ketua Kampung Serting Tengah)
3. En. Abdullah bin Tahir
4. En. Md. Nor bin Ahmad
5. En. Sutin bin Samad
6. En. Silong bin Ibrahim
7. En. Idris bin Ismail
8. En. Karim bin Yassin

Dalam mesyuarat AJK, satu cadangan telah dibuat untuk mengadakan sebuah Kelas Agama di Mukim Serting Ulu. Kelas ini bertujuan untuk menampung anak-anak yang keluar dari sekolah kebangsaan yang berhampiran. Cadangan ini telah diterima sebulat suara. Setiausaha telah diarahkan untuk membuat permohonan pembikinan Kelas Agama tersebut kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada penghujung bulan November 1986, Jabatan Agam Islam telah meluluskan permohonan tersebut. Mulai 1 Januari 1969, guru-guru yang mengajar dan buku-buku teks pelajaran dibiayai oleh kerajaan. Kelas Agama ini dinamakan Sekolah Agama Rakyat. Sekolah ini ditempatkan di Balai Raya Serting Tengah. Pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar dibuka kepada lepasan sekolah-sekolah kebangsaan yang tamat darjah enam dari tempat yang berhampiran supaya dapat memasuki tingkatan satu disekolah ini.

Pada tahun pertama (1969), seramai 25 orang murid telah mendaftar. Guru pertama mengajar di sekolah ini ialah Ustaz Jamaludin. Kemudian disusuli oleh Ustazah Supiah binti Bador. Pada tahun 1970, seramai 27 orang murid lagi telah mendaftar dan seorang guru perempuan telah di tambah. Tahun berikutnya (1971), seramai 26 murid telah mendaftar. Memandangkan keadaan Balai Raya yang kecil dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai serta peralatan sekolah yang hanya dibiayai oleh Ajk, maka satu tindakan harus diambil.

Satu mesyuarat telah diadakan oleh AJK pentadbiran Sekolah-sekolah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Tuan Haji Mustafa bin Haji Ahmad yang mewakili pihak jabatan untuk menguruskan satu tapak sekolah baru seperti yang ada sekarang.

Untuk mendirikan bangunan sekolah baru ini pihak AJK telah memungut derma dari orang ramai. Tuan Wan Fizi (Pegawai Perhutanan Daerah Kuala Pilah) telah menyumbangkan 1/3 daripada nilai perbelanjaan bangunan sekolah. Bakinya iaitu 2/3 adalah hasil sumbangan daripada orang ramai dan termasuk satu ribu ringgit sumbangan daripada YB. Dato' Thong Han Kim (Wakil Rakyat Bahau). Pembinaan sekolah ini telah dilaksanakan secara bergotong-royong.

Selepas dua tahun dugunakan, pihak Jabatan Agma Islam Negeri Sembilan Darul Khusus mendapati sekolah ini tidak sesuai lagi digunakan. Jabatan Agama dengan murah hati telah memberi peruntukan membina bangunan dua tingkat yang ada sekarang berserta dengan dua buah rumah guru. Pada penghujung tahun 1974, bangunan sekolah ini telah siap dibina. Sekolah ini hanya dapat menanpung murid-murid sehingga tingkatan tiga sahaja. Murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan SRP akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah lain. Pada tahun 1975, bilangan murid yang memasuki sekolah ini semakin meningkat. Permohonan kemasukan murid-murid terpaksa ditapis bagi mereka yang datang dari jauh. Atas desakan ibubapa, pihak AJK telah menyediakan sebuah mini asrama untuk murid perempuan. Murid lelaki pula telah ditempatkan di rumah guru yang dijadikan asrama mereka. Pada masa itu bilangan penghuni asrama seramai 150 orang.

Pada awal tahun 1985, pihak Jabatan Agma Islam telah mendirikan sebuah bangunan tiga tingkat . Pada awal tahun 1986, bangunan ini telah dapat digunakan oleh murid-murid. Pengetua sekolah pada ketika ini ialah Ustaz Haji Osman bin Ismail yang mengantikan Ustaz Jamaludin yang telah ditukarkan pada tahun 1978.Ustaz Haji Osman telah dibantu oleh 9 orang guru. Ustaz Haji Osman telah bersara pada pertangahan tahun 1986. Beliau telah digantikan oleh Ustaz Surul bin Miri. Pada waktu itu bilangan pelajar telah meningkat ke angka 300 orang. Terdapat seramai 10 orang guru terlibat dalam pengajaran. Pada awla tahun 1989, Ustaz Surul telah bertukar ke sekolah Menengah Agama Ampangan dan digantikan oleh Ustaz Haji Kudus bin Haji Zainal. Pada masa itu terdapat seramai 20 orang guru yang mengajar di sekolah ini.Guru-guru ini adalah terdiri daripada guru-guru yang dipinjamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga guru-guru yang ditaja oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pada pertengahan tahun 1994, Ustaz Haji Kudus telah berpindah ke Sekolah Agama di bawah Kementerian Pendidikan dan tempatnya digantikan oleh pengetua yang baru iaitu Ustaz Abdul Malik bin Shamsudin. Dibawah pengurusan dan pentadbiran beliau, terdapat pelbagai kemajuan dan pembangunan yang telah beliau usahakan. Antaranya ianlah bangunan Asrama Puteri, Dewan Khalid Al Walid, dan juga bangunan Kemahiran Hidup Bersepadu. Beliau kemudiannya ditukarkan ke Sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh pada tahun 2003. Bermula pada tahun 2003 sehingga sekarang Ustaz Kamaruzaman bin Jaafar telah menjadi pengetua bagi Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa. Dibawah pimpinan beliau, pentadbiran sekolah telah berjalan dengan lancar dan disamping itu beliau telah berusaha keras untuk membaikpulih bagunan sekolah dan juga asrama. Selain daripada itu, bilangan pelajar telah bertambah dari masa ke semasa di atas permintaan yang tinggi daripada kalangan ibubapa dan penduduk setempat.


sekolah ku...(Sekolah Menegah Kebangsaan Bahau)

ini lah sekolah ku smk bahau..terletak dekat jew dengan rumah aku..bila pergi dan balik dari sekolah jew aku jalan kaki sedih kan..haha.. :)tpi wat pew nk sedih bab dah rumah dekat sekolah so jalan kaki jew la..hahacantik tak kawasan sekolah aku..

Monday 16 January 2012

Prinsip perakaunan

Assalammuailaikum,,hye semua..cpew yg ambik bdng prinsip akaun nie memang b'untung sgt sebab apabila spm nnti klau result bagus in prinsip akaun dyew bley dpt sjil LCCI..sijil nie drpd London tau jangan maen-maen.. LCCI adalah singkatan bagi London Chamber Of Commerce & Industry yang ditubuhkan di Mansion House,London pada 25 julai 1881.Peperiksaan ini dikendalikan oleh lembaga peperiksaan LCCI yang sukatan pelajarannya mancakupi semua bidang perniagaan.Sijil LCCI telah diterima dan diiktiraf oleh semua pihak,sama ada pihak swasta atau kerajaan di seluruh dunia.Lulusan LCCI mempunyai kemahiran dan pengalaman "hands on" yang memenuhi keperluan dan kehendak persekitaran perniagaan masa kini..

Saturday 14 January 2012

MELLISA

SINOPSIS                                                                                                                                                    Mellisa mengikut kawan akrabnya,iaitu Farid ke pejabat surat khabar.Farid memperkenalkan Mellisa kepada Syahid.Pemuda itu memiliki wajah yang mirib dengan Hisyam.Persamaan itu menyebabkan Mellisa memikirkan berkemungkinan kedua-duanya ialah lelaki yang sama.Syahid jatuh hati kepada Mellisa.Dia memikat hati Mellisa.Namun begitu,Mellisa sukar menerima Syahid kerana cintanya yang sebenar hanyalah kepada Hisyam.Dia terkenang akan zaman kanak-kanak,iaitu ketika dia dan Hisyam amat akrab.Hisyam diberitakan menjadi korban peristiwa kekacauan kaum 1969.Tarikh kematian Hisyam dan ibunya,iaitu13 Mei 1969 merupakan tarikh berlakunya rusuhan kaum.Mellisa menderita kerana dia amat menyayangi Hisyam.Kasih sayang itu tidak mengenal kaum dan agama.Mellisa pernah menjejakkan kakinya ke kampung.Dia mengimbas kembali kenangan manisya bersama-sama dengan Hisyam.Mellisa juga menziarahi nenek Hisyam yang sudah tua dan uzur.Tidak lama selepas itu,Mellisa berkenalan dengan syahid.Mereka berdua menyimpan perasaan,tetapi Mellisa terpaksa mengorbankan cintanya demi sebuah cinta dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.Cinta kepada bengsa dan negara mengatasi cinta romantik.Dia mahu mempertahankan keamanan negara.Mellisa meninggalkan Syahid demi menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit untuk mempertahankan negara.Mellisa mahu melihat rakyat berbilang bangsa di negara ini hidup aman damai. -TAMAT-

Friday 13 January 2012

Jam tangan pemberiaan ayah dan ibu

Assalammuailaikum...kawan-kawan ku semua apa kabar ?korang semua nak tahu tak tentang jam tangan aku...jam tangan aku 2 sebenar yew ibu aku yang hadiah kepada ku sempena aku dapat keputusan yang boleh lah dikatakan okey dalam pmr dan sempena aku dapat masuk ke kelas yang okey...kornag nak tahu tak yang jam tangan aku 2 sebenar yew boleh la dikatakan mahal..aku pown x mampu nak beli..aku ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ibu dan ayah  (ibu:zuwariah binti mamat ayah:kamarul zaman bin mohd nasir) kerana telah memberi ku hadiah iaitu seutas jam tangan yang sangat cantik bagi ku...aku ingin sekali membalas jasa ibu dan ayah yang telah menjaga ku dari kecil lagi sehingga sekarang..dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan datang pada tahun 2013..aku harap korang semua akan doakan aku semoga berjaya..yew...AMIN...bye-by..<3<3..

perjumpaan ahli bola tampar at sekolah

Assalammuailaikum...hye semua...apa kabar sihat kew tidak..kalau tak sihat makan la ubat yew...hehe..ary nie aku nk citer ckit tentang masa perjumpaan bola tampar ary rabu lepas..11/1/2012 masa 2 cikgu nak lantik jawatan naib pegerusi..nak lantik form 5 perempuan x de pula f.5 perempuan dalam kelab bola tampar 2..last2 sekali cpew tah pnyew kerje lantik aq lak yg jdi naib pegerusi...hurm..aq pown x tau la cam ner ley jdi cam2..nie semua hafizul yew pasal la.suruh semua dax2 nie sokong aq...begang btol aq gan mamat segal nie..tpi dalam aty 2 gembira arh gak sebab dapat tambah kan markah kokorikulum...hehe..malu2 tpi mahu kte kan..hehe..tpi kan skunk nie sklh waktu balik pde ary rabu da semakin lambat 4:30 bru boleh balik..eeee..geram yew..tahun lepas balik pukul 3:30 jew..skunk makin tambah waktu pula..eee..meyampah..mentang2 laa..pengetua baru masuk..semua nak diubah..yew...uhuhu :( okey 2 jew la yang aku nak citer laen kali aku sambung lagi ok..bye2 you all...<3

Geng MIZAWATI...

                                                                            بسم الله الرحمن الرحيم
                                                    korang nk tahu x yang aq nie at sklh dlu adew geng yg bernama MIZAWATI,korang nk tahu macam mana bermula yew geng nie...mula2 kte orng kwn2 base jew..pas 2 adew kawan aq yg mencadang kan untuk buat kumpulan..so kte orng decide la sme..semua setuju..nama MIZAWATI nie asal dri nama gabungan kte orng semua..M:miera I:ika Z:zue A:ada W:wani A:ani T:teha I:ila...itu la hasil nama gabungan kte orng..skunk nie semua da bawak haluan masing-masing sebab semua yew dah x sme sklh mcm dlu lagi..Rindu yew aq kt dye orng semua...and aku rindu gak kat sklh lme aq iaitu SMA'DATO HAJI MUSTAFA..miss dye orng sgt..  :(

Kelas aku 4 ICT

بسم الله الرحمن الرحيم
Tahun ini aku dapat masuk ke kelas 4 ict disebabkan result pmr aku yang boleh dikatakan bagus la juga,akhirnya aku dapat juga membuat hati ibubapa aku gembira dengan result pmr aku,walaupun result pmr aku tidak ada A aku tetap bersyukur kerana semua subjek pass.Korang nak tahu tak yang kelas aku ini paling sikit hanya 17 orang jew murid,lelaki hanya ada 4 orang yang laen kebanyakan perempuan india,tetapi best la juga kerana apabila belajar tak ada la bising sangat.tahun ini aq ambik 6 subjek teras,ict,tasawwur islam and prinsip perakaunan,so the total all the subjek is 9,banyak kan berbanding masa pmr dahulu.So i hope you all always doakan untuk aku ok..bye bye lain kali aku sambung cerita lagi ok...