Tuesday 31 January 2012

Maksud warna hijau

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyaiklorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.
Cahaya hijau mempunyai 
panjang gelombang di sekitar 520–570nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warnamagenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan#FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengankuning, dan hijau tua dengan coklat.
Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti 
warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB

2 comments: