Saturday 14 January 2012

MELLISA

SINOPSIS                                                                                                                                                    Mellisa mengikut kawan akrabnya,iaitu Farid ke pejabat surat khabar.Farid memperkenalkan Mellisa kepada Syahid.Pemuda itu memiliki wajah yang mirib dengan Hisyam.Persamaan itu menyebabkan Mellisa memikirkan berkemungkinan kedua-duanya ialah lelaki yang sama.Syahid jatuh hati kepada Mellisa.Dia memikat hati Mellisa.Namun begitu,Mellisa sukar menerima Syahid kerana cintanya yang sebenar hanyalah kepada Hisyam.Dia terkenang akan zaman kanak-kanak,iaitu ketika dia dan Hisyam amat akrab.Hisyam diberitakan menjadi korban peristiwa kekacauan kaum 1969.Tarikh kematian Hisyam dan ibunya,iaitu13 Mei 1969 merupakan tarikh berlakunya rusuhan kaum.Mellisa menderita kerana dia amat menyayangi Hisyam.Kasih sayang itu tidak mengenal kaum dan agama.Mellisa pernah menjejakkan kakinya ke kampung.Dia mengimbas kembali kenangan manisya bersama-sama dengan Hisyam.Mellisa juga menziarahi nenek Hisyam yang sudah tua dan uzur.Tidak lama selepas itu,Mellisa berkenalan dengan syahid.Mereka berdua menyimpan perasaan,tetapi Mellisa terpaksa mengorbankan cintanya demi sebuah cinta dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.Cinta kepada bengsa dan negara mengatasi cinta romantik.Dia mahu mempertahankan keamanan negara.Mellisa meninggalkan Syahid demi menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit untuk mempertahankan negara.Mellisa mahu melihat rakyat berbilang bangsa di negara ini hidup aman damai. -TAMAT-

1 comment: